Thursday, October 16, 2008

Letupan akibat habuk

Beberapa hari yang lalu saya bertanya kepada sekumpulan pelajar beberapa soalan:

1. Kenapa di kilang cat ICI di Nilai, amaran larangan merokok begitu ketat?
2. Senat Amerika Syarikat membentuk satu Select Committee bagi mengkaji aspek keselamatan........ ekoran dari letupan di sebuah kilang gula di Georgia.
3. Pada bulan Mac 2008, satu letupan berlaku di dalam terowong berhampiran kilang tepung di Lumut.

Apakah kesamaan situasi di atas? Tiada siapa yang dapat menjawab soalan itu kerana seperti kebanyakan rakyat Malaysia, mereka tidak faham tentang DUST EXPLOSION.

Sebenarnya, letupan akibat habuk amat besar kesannya. Habuk yang mempunyai kandungan tenaga dalam bentuk karbon, karbohidrat seperti tepung, gula atau serbuk lemak dan sebagainya boleh meletup apabila kandungan habuk terampai diudara berada pada tahap tertentu dan pada ketika itu terdapat sumber pencucuhan seperti statik, kilat, kerja pengimpalan dan lain-lain. Kesannya adalah letupan yang amat kuat.



Foto ini diambil dari lihat satu blog mengenai kejadian di Imperial Sugar, Georgia
http://anti-union.blogspot.com/2008/02/4-dead-4-more-missing-at-ga-sugar.html
Letupan habuk gula itu membunuh 10 orang dan mencederakan sebilangan lagi.

Di Amerika Syarikat, dalam tempoh 1980-2005 terdapat 280 letupan habuk yang membunuh 119 pekerja dan mencederakan 718 orang.

Kita mungkin berhati-hati dengan industri petrokimia yang mempunyai banyak hidrokarbon mudah terbakar, namun pada masa yang sama jangan lupa dengan bahaya habuk.


Dr. AA