Tuesday, June 24, 2008

Fishing at Tioman Island - April 2004

Memancing di Pulau Tioman (April 04)

“Arshad, kita bertolak malam lah, esok air pasang lambat.” kata Pak Sharif kepada saya. “OK lah bang, kami sampai pukul 9 malam.” jawab saya. Perjalanan kami dicepatkan kali ini. Selalunya kami bertolak pagi sabtu tetapi kali ini bertukar menjadi petang jumaat. “Mudah-mudahan ada barakah.” kata hati kecil saya.... Kumpulan kami kali ini terdiri dari saya (Arshad), Adnan, Amran, Aidee, Fazly dan Faiz.





Benar, memang malam itu penuh dengan barakah. Kami berlabuh di sekitar Pulau Rimau dan lihatlah beberapa gambar hasil tangkapan pada malam itu.

Hari Kedua

Hari in Saturday the 13th, bukan Friday the 13th...
Kami meneruskan perjalanan ke Pulau Tioman, menerusi perairan yang amat saya sukai. Hati merasa girang kerana tangkapan malam tadi amat memberangsangkan. Kaci, tenggiri, pari, kacang dan lain-lain.




Kami berhenti di umjam pertama untuk menangkap ikan-ikan yang biasa di sana. Pengalaman di pagi itu amat menarik sekali kerana kami menemui sekawan ikan Telinga Gajah. Apakah umpan yang sesuai? mmm... Roti Gardenia. Selepas menangkap 15 ekor Telinga Gajah berserta ikan lain, kami berehat berdekatan pantai di rumah api Pulau Tioman, sambil menyediakan makan tengahari. mmm.... amat menyelerakan, ikan tenggiri masak lemak cili api.

Dalam perjalanan, kami juga berjumpa dengan sekawan dolphin yang bermain tidak jauh di belakang bot kami. Indah sungguh suasana itu, lupa segala masalah yang ada, buat seketika.

Petang hari kami pergi mencari ikan di batu karang. Seperti biasa, sasaran ialah ikan Kerapu, Tombak, kunyit dan sebagainya. Ini memang dirancang kerana menu makan malam kami antara lain ialah kerapu 3 rasa. Alhamdulillah, seperti biasa harapan kami direstui tuhan. Malam itu kami menikmati jamuan yang dihajatkan di Kg. Juara, Pulau Tioman.















Hari ke 3

Tengahari 15/4/07 kami tiba di jeti Mersing. Masing-masing tersenyum puas. Satu pengalaman yang cukup menarik. Walaupun kebanyakan kami adalah pemancing amatur, namun hasil yang diperolehi melebihi harga sewa bot. Kami bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada Pak Sharif dan Black.

No comments: